SUARA ANDA, BAJET KITA: SERTAI CADANGAN BAJET MPKS 2027
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka ruang kepada orang awam untuk mengemukakan cadangan dan pandangan bagi penyediaan Bajet MPKS Tahun 2027.
Orang awam dijemput untuk menyampaikan cadangan mengikut kategori yang telah disediakan melalui portal yang ditetapkan. Pandangan dan idea daripada komuniti amat penting bagi membantu MPKS merancang peruntukan serta program yang lebih bersasar, bermanfaat dan memenuhi keperluan masyarakat Kuala Selangor.
Tempoh penyertaan:
10 Ogos hingga 31 Ogos 2026
Pautan atas talian: https://ideabajet.mpks.gov.my/
Jangan lepaskan peluang untuk menyuarakan pandangan anda. Setiap cadangan merupakan sebahagian daripada usaha bersama dalam membentuk Kuala Selangor yang lebih sejahtera, mampan dan berkualiti.
SUARA ANDA, BAJET KITA.
#MPKS #BajetMPKS2027 #Bajet2027 #SuaraAndaBajetKita #KualaSelangor #MPKS2027


