Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) TAHUN 2026 – SINERGI INTEGRITI PASUKAN

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Tahun 2026 – Sinergi Integriti Pasukan pada 11 Ogos 2026 bertempat di Dewan Seri Siantan, MPKS.

Kursus yang melibatkan seramai 50 orang pegawai dan kakitangan MPKS ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta kesedaran warga kerja terhadap kepentingan tadbir urus yang baik, telus dan berakauntabiliti, di samping menyemai nilai murni, etika perkhidmatan dan budaya antirasuah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Antara pengisian program termasuk sesi Kenali Personaliti, pembinaan organisasi berintegriti melalui empat fasa serta Gamifikasi Integriti yang melibatkan kuiz interaktif, Integrity Buddy Game dan aktiviti Moving Forward. Sesi-sesi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Ramlan.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS. Pelaksanaan kursus ini merupakan antara usaha MPKS dalam memperkukuh tadbir urus dan membudayakan integriti dalam kalangan warga kerja, selaras dengan aspirasi untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti, beretika dan berintegriti.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS