Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MPKS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 telah dipengerusikan bersama oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS dan YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd Aziz @ Juned, Pengarah Audit Negeri Selangor.

Turut hadir, Puan Sharifah Fauziah, Rakan Kongsi Firma Tetuan Aljeffridean PLT bersama juruaudit, YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS, Puan Liliana binti Ahmad, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPKS serta ketua-ketua jabatan MPKS.

Komitmen berterusan seluruh warga MPKS dalam memastikan tadbir urus kewangan yang cekap, telus dan berintegriti terus menjadi keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS