SELAMAT BERTANDING DAN BERTUGAS KEPADA SEMUA KONTINJEN, PEGAWAI DAN SUKARELAWAN SUKMA XXI
Yang Dipertua, Setiausaha dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan selamat bertanding dan bertugas kepada semua kontinjen, pegawai serta sukarelawan yang terlibat dalam temasya SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI Selangor 2026.
Temasya yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026 ini menjadi medan untuk para atlet menampilkan semangat juang, disiplin dan kecemerlangan dalam mengharumkan nama negeri Selangor.
Semoga seluruh kontinjen Selangor diberikan kekuatan, semangat dan ketabahan dalam mengharungi setiap saingan. Kepada para pegawai dan sukarelawan, terima kasih atas komitmen serta dedikasi dalam memastikan kelancaran temasya.
Selamat berjuang dan berikan yang terbaik. Bersama-sama kita kibarkan semangat Selangor!
#MPKS #Selangor2026 #SUKMAXXI #ParaSUKMAXXI #SUKMASelangor2026 #KitaSelangor #MalaysiaMADANI


