Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) SELANGOR KE MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Selangor yang diketuai oleh YBhg. Datin Esmarlina binti Mohd Isa, Pengarah Negeri HASiL Selangor.

Delegasi HASiL Selangor telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS dan YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS serta Pengarah/ Ketua Jabatan dan Unit MPKS.

Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara MPKS dan HASiL Selangor, khususnya dalam perkara-perkara yang berkepentingan bersama.

MPKS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak HASiL Selangor atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kepentingan organisasi serta masyarakat Kuala Selangor.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS