Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

TIRAI TEMASYA SUKMA XXII SELANGOR 2026 DIBUKA!

Majlis Perasmian Pembukaan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Turut hadir YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor; Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor serta YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.

Temasya dwitahunan yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 ini menghimpunkan lebih 5,000 atlet dari 14 negeri serta Brunei untuk bersaing dalam 469 acara melibatkan 37 jenis sukan.

MPKS menzahirkan sokongan penuh kepada seluruh kontinjen dan atlet yang bertanding. Ayuh bersama-sama kita semarakkan semangat kesukanan dan memberikan sokongan kepada para atlet yang membawa nama negeri masing-masing.

Selamat bertanding dan semoga berjaya kepada semua atlet SUKMA XXII Selangor 2026!

#Selangor2026

#RentakKitaAksiKita

#MPKS

#SUKMA2026 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS