AKSI HARI PERTAMA SUKAN BOLA JARING SUKMA XXII SELANGOR 2026 DI KUALA SELANGOR
Acara sukan bola jaring bagi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 telah membuka tirai di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Aksi pertama menyaksikan pasukan-pasukan dari seluruh kontinjen negeri berentap dengan penuh semangat dan kesungguhan bagi merebut kemenangan serta mengharumkan nama negeri masing-masing.
MPKS mengalu-alukan kehadiran para atlet, pegawai pasukan serta penyokong ke Kuala Selangor dan berharap seluruh pertandingan berlangsung dengan lancar dalam semangat kesukanan yang tinggi.
Ayuh sama-sama kita semarakkan SUKMA XXII Selangor 2026 dan berikan sokongan kepada semua atlet yang bertanding!
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

