Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT PETANQUE SUKMA XXII SELANGOR 2026

Majlis Penyampaian Pingat bagi acara Petanque kategori Individu Lelaki dan Individu Wanita telah berlangsung dalam suasana penuh gemilang sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Bagi kategori Individu Wanita, pingat gangsa dimenangi oleh Nur Farisha Nabila binti Mohd Zain dari Kontinjen Negeri Kelantan, pingat perak oleh Carmila Nadhirah binti Mohd Nor dari Kontinjen Negeri Perak, manakala pingat emas diraih oleh Saidatul Umairah binti MD Dani dari Kontinjen Negeri Melaka.

Sementara itu, bagi kategori Individu Lelaki, pingat gangsa dimenangi oleh Akhtar Shauqi bin Mohd Dom dari Kontinjen Negeri Sarawak, pingat perak oleh Ammar Zakwan bin Zanizam dari Kontinjen Negeri Johor, manakala pingat emas berjaya diraih oleh Muhamad Rafiq bin Abdul Rahim dari Kontinjen Negeri Selangor.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian membanggakan serta semangat kesukanan yang ditampilkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan atlet dalam mengharumkan nama negeri masing-masing di pentas SUKMA.

#SUKMAXXIISelangor2026 #SUKMA2026 #Petanque #Selangor #MPKS #TeamSelangor 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS