Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PERHIMPUNAN PAGI MPKS BIL. 3 TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah melaksanakan Perhimpunan Pagi Bil. 3 Tahun 2026 pada 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Seri Siantan, MPKS, yang dihoskan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

Antara pengisian utama perhimpunan ialah Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat MPKS sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. Pelancaran ini menjadi simbolik dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan warga kerja MPKS.

Turut berlangsung penyampaian hadiah Pertandingan Premis Makanan Bersih Peringkat Daerah Kuala Selangor 2026 sebagai pengiktirafan kepada pengusaha premis makanan dan pihak sekolah yang komited memastikan aspek kebersihan, kesihatan serta keselesaan pelanggan sentiasa diberi keutamaan.

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2026

KATEGORI RESTORAN TERBUKA

Johan: Restoran Santara, Eco Grandeur

Naib Johan: Restoran Mohd Chan, Eco Grandeur

Tempat Ketiga: Restoran Ani Sup Utara Express, Kuala Selangor.

KATEGORI KAFETERIA (BERHAWA DINGIN)

Johan: Restoran Secret Recipe, Eco Grandeur

Naib Johan: Restoran Meokja, Hillpark

Tempat Ketiga: De Palma Eco Resort, Kuala Selangor.

KATEGORI KANTIN SEKOLAH

Johan: Kantin SJK (T) Ladang Bukit Cheraka

Naib Johan: Kantin Wesley Methodist School, Bandar Seri Coalfields

Tempat Ketiga: Kantin SMK Bukit Kuching Tengah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong kepada seluruh pengusaha premis makanan dan pihak sekolah di daerah Kuala Selangor untuk terus mengekalkan tahap kebersihan serta kualiti perkhidmatan yang cemerlang.

Dalam perhimpunan yang sama, MPKS turut menerima Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Awam WMAM 4th Edition Recognition Awards 2026 atas sumbangan, inovasi dan pencapaian cemerlang dalam industri pengurusan sisa.

Turut disampaikan Anugerah Kecemerlangan Penyampaian Insentif Pendidikan oleh Biro Pendidikan dan Inovasi KSKR 2026 sebagai penghargaan kepada pencapaian akademik penerima dalam pelbagai kategori peperiksaan.

Semoga Perhimpunan Pagi MPKS terus menjadi wadah memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja.

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #MalaysiaMADANI #KitaSelangor #BulanKemerdekaan 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS