Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

LAWATAN TAPAK KE LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL) DAERAH KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Lawatan Tapak Bersama Yang Dipertua MPKS ke Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link – ECRL) di dalam Daerah Kuala Selangor pada 28 Ogos 2026, bagi meninjau perkembangan semasa serta mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan projek ECRL di daerah ini.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua MPKS, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Setiausaha MPKS, YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, serta para Pengarah Jabatan MPKS. Lawatan ini diurusetiakan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan, Puan Umi Zuhirah binti Ramlan.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah jajaran Seksyen 9 ECRL di Daerah Kuala Selangor yang melibatkan jajaran sepanjang 15.45 kilometer, termasuk komponen infrastruktur seperti jambatan, jejambat, terowong dan stesen.

Secara keseluruhan, jajaran ECRL di Negeri Selangor adalah sepanjang 90.72 kilometer. Projek ini turut merangkumi hubungan strategik ke kawasan pelabuhan seperti Northport dan Westports, selain menghubungkan beberapa kawasan utama di Selangor.

Status kemajuan kerja bagi Seksyen 9 sehingga Julai 2026 telah mencapai 83%. Pelaksanaan ECRL khususnya di kawasan Kuala Selangor dijangka menjadi salah satu pemangkin kepada peningkatan jaringan pengangkutan, pembangunan ekonomi, hubungan logistik serta potensi pembangunan kawasan sekitar.

Lawatan ini turut menjadi platform penting bagi MPKS untuk memahami perkembangan projek secara lebih dekat serta memperkukuh penyelarasan antara pihak berkaitan dalam memastikan pembangunan infrastruktur berskala besar ini dapat dilaksanakan secara terancang dan memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan Daerah Kuala Selangor.

Kuala Selangor terus melangkah ke hadapan, memperkukuh jaringan pengangkutan dan membuka lebih banyak ruang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan masa hadapan.

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #ECRL #LaluanRelPantaiTimur #KitaSelangor #MalaysiaMADANI 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS