MPKS RAIH TEMPAT KEEMPAT PERTANDINGAN KENDERAAN BERHIAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah berjaya meraih Tempat Keempat dalam Pertandingan Kenderaan Berhias sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 yang berlangsung pada 30 Ogos 2026 di Stadium Kajang.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, dan diterima oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.
Penyertaan MPKS mengetengahkan tema “Menelusuri Warisan, Menikmati Kesejahteraan” dengan menampilkan elemen Bukit Malawati dan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan sebagai simbol identiti, warisan serta keunikan daerah Kuala Selangor.
Rekaan kenderaan berhias tersebut turut mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, yang menggambarkan perjalanan pelancongan Kuala Selangor dengan menghubungkan elemen sejarah, warisan, alam semula jadi dan komuniti.
Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan semangat kerjasama warga MPKS dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, di samping mempromosikan identiti serta produk pelancongan Kuala Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga MPKS atas kejayaan ini.
Turut sama memeriahkan sambutan ialah wakil daerah Kuala Selangor yang mengambil bahagian dalam aktiviti perbarisan, melibatkan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor serta Selangor Technical Skills Development Centre - STDC.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #HariKebangsaanKe69 #HK69 #MalaysiaMADANI #KitaSelangor #KitaSelangorMajuBersama
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

