Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM ANTARA KDEB WASTE MANAGEMENT DAN MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan komitmen bersama dalam memastikan pengurusan kebersihan dan perkhidmatan awam di kawasan pentadbiran MPKS dilaksanakan secara berkualiti, konsisten dan berkesan.

Majlis Menandatangani Perjanjian Kutipan Pepejal Domestik dan Pembersihan Awam antara KDEB Waste Management dan MPKS telah berlangsung pada 2 September 2026 bertempat di Dewan Sri Siantan.

Pemeteraian perjanjian ini menjadi satu titik pengukuhan kerjasama dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kebersihan, termasuk kutipan sisa domestik, pembersihan kawasan awam, penyelenggaraan persekitaran serta pengurusan aduan masyarakat.

Dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan, MPKS turut menekankan pematuhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), penyelesaian aduan dalam tempoh Service Level Agreement (SLA), pendekatan operasi yang lebih proaktif serta pemanfaatan teknologi dan data seperti GPS dan pemantauan digital.

Aspek kebersihan juga amat penting dalam membentuk imej Kuala Selangor sebagai sebuah daerah yang bersih, teratur, indah dan selesa, khususnya di kawasan tumpuan awam, pusat komersial, pasar, kawasan rekreasi serta destinasi pelancongan.

Marilah kita bersama-sama membudayakan perkhidmatan yang Cepat, Tepat dan Berkesan serta menjadikan kebersihan sebagai tanggungjawab dan amanah bersama demi kesejahteraan masyarakat serta imej Kuala Selangor.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS