Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

OPERASI BERSEPADU KILANG BARANGAN KITAR SEMULA TANPA KEBENARAN DAERAH KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Penguatkuasa bersama jabatan dan agensi berkaitan telah melaksanakan Operasi Bersepadu Kilang Barangan Kitar Semula Tanpa Kebenaran pada 3 September 2026 di sebuah premis Jalan Sungai Sembilang Batu 15, Jeram.

Operasi yang dilaksanakan hasil daripada aduan awam serta pemantauan pihak MPKS mendapati premis berkenaan masih menjalankan aktiviti perniagaan barangan kitar semula tanpa kebenaran pihak Majlis.

Seramai 39 anggota dan pegawai daripada MPKS, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Selangor terlibat dalam operasi bersepadu ini.

Antara tindakan yang diambil adalah:

• 1 kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

• 1 notis arahan memberhentikan perniagaan dan penutupan premis.

• 1 sitaan inventori melibatkan perkakas serta 12 kipas berdiri dan 1 kipas duduk.

• 1 notis dan tawaran kompaun atas kesalahan membina bangunan tanpa kelulusan bertulis pihak Majlis.

• 1 kompaun berkaitan kesalahan menjatuhkan cecair ke dalam anak sungai.

• 1 notis menghendaki kacauganggu dihapuskan.

• Tindakan semakan serta pemotongan/rampasan meter bekalan air.

• Tindakan semakan dan pemotongan bekalan elektrik.

MPKS akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan serta kelestarian persekitaran dalam kawasan pentadbiran Kuala Selangor.

Sebarang aduan berkaitan aktiviti perniagaan tanpa lesen atau pelanggaran peraturan boleh disalurkan kepada pihak MPKS untuk tindakan lanjut.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS