Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

LAWATAN PENANDA ARAS MPKS DAN MPKL KE MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) pada 9 September 2026 bagi perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Perolehan Pintar (iPMS) dan Integrated Works Rotation System (INSYSQ).

Delegasi MPKS diketuai oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS, manakala delegasi MPKL diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Zaki bin Yusof, Timbalan Yang Dipertua MPKL. Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang.

Lawatan ini merupakan platform untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan inovasi dalam pendigitalan pengurusan perolehan serta penyelarasan kerja. Perkongsian ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada usaha MPKS dalam memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

MPKS merakamkan penghargaan kepada MPSepang atas perkongsian ilmu dan penerimaan yang diberikan. Semoga hubungan kerjasama antara MPKS, MPKL dan MPSepang terus diperkukuh demi memperkasakan perkhidmatan perbandaran yang cekap, inovatif dan responsif.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS