Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN SEDANG BERLANGSUNG

Hari Bertemu Pelanggan MPKS Secara Dalam Talian sedang berlangsung hari ini dan akan diteruskan esok, 12 dan 13 September 2026 menerusi Facebook Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Program ini membuka ruang kepada orang awam untuk berinteraksi secara langsung bersama MPKS serta menyampaikan cadangan, pandangan dan maklum balas melalui ruangan komen.

Lebih menarik, 30 pelanggan bertuah berpeluang menerima hadiah istimewa.

Dalam masa yang sama, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa:

1. TAWARAN RM10 KOMPAUN LETAK KERETA SEBELUM TINDAKAN MAHKAMAH

1 Ogos – 30 September 2026

2. PENGECUALIAN DENDA LEWAT SEWA PREMIS – POTONGAN 100%

1 Ogos – 15 September 2026

3. KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN PELBAGAI MPKS – POTONGAN 50%

7 Ogos – 16 September 2026

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyampaikan pandangan dan cadangan anda demi penambahbaikan perkhidmatan MPKS serta mewujudkan perbandaran yang lebih mesra, responsif dan berorientasikan rakyat.

Jom sertai Hari Bertemu Pelanggan MPKS secara dalam talian hari ini dan esok di Facebook Rasmi MPKS.

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah