Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

OPERASI MENUTUP LALUAN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI RENTAK PERDANA, KAMPONG SERI SENTOSA DAN KAMPONG HARMONI

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Kesihatan dan Persekitaran telah melaksanakan operasi menutup laluan pembuangan sampah haram pada 16 September 2026 (Rabu), bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di tiga lokasi, iaitu berhampiran Rentak Perdana, Kampong Seri Sentosa, Ijok dan Kampong Harmoni, Ijok.

Tindakan melibatkan kerja-kerja mengorek dan menutup keseluruhan 10 laluan masuk yang dikenal pasti berpotensi digunakan oleh lori dan jentera berat untuk aktiviti pembuangan sampah secara haram. Sebanyak satu laluan berhampiran Rentak Perdana, lapan laluan di Kampong Seri Sentosa serta satu laluan utama di Kampong Harmoni telah dikorek dan ditutup, selain pemasangan tali tape larangan membuang sampah.

Sepanjang operasi, pasukan MPKS turut berdepan cabaran apabila berlaku gangguan daripada pengendali tapak semasa pergerakan keluar pasukan di Kampong Harmoni. Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal dan operasi diteruskan mengikut prosedur serta mengambil kira aspek keselamatan petugas.

Tindakan berterusan ini merupakan komitmen MPKS dalam mencegah aktiviti pembuangan sampah secara haram melalui langkah pencegahan dan pemantauan di lokasi-lokasi berisiko. MPKS akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan pentadbiran Kuala Selangor kekal bersih, selamat dan terpelihara.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS