KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PILIHAN RAYA NEGERI SELANGOR KE MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, YBrs. Tuan Abang Irzarruddin bin Abang Alias bersama delegasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Selangor pada 17 September 2026 (Khamis), jam 2.30 petang bertempat di Pejabat MPKS. Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengadakan sesi perbincangan dan penyelarasan berkaitan urusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen di bawah pentadbiran MPKS, di samping memperkukuh hubungan kerjasama dan koordinasi antara SPR Negeri Selangor dengan MPKS.
MPKS merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat dan kerjasama yang diberikan oleh delegasi SPR Negeri Selangor.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

