NOTIS PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2027
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa semua pemegang lesen perniagaan diwajibkan memperbaharui lesen perniagaan bagi tahun 2027 sebelum 31 Disember 2026.
Pembaharuan lesen boleh dibuat melalui dua kaedah berikut:
1. Lesen Serta-Merta - Pembaharuan secara dalam talian melalui IP3KS di https://ip3ks.mpks.gov.my
2. Lesen Komposit - Pembaharuan di Kaunter Bersepadu MPKS atau secara dalam talian melalui https://elesen.mpks.gov.my
Pemilik lesen diingatkan supaya mengambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan. Tindakan penguatkuasaan serta-merta mengikut undang-undang yang berkuat kuasa boleh dilaksanakan tanpa notis lain.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-3289 1439 sambungan 184 / 260.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah


