Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI MPKS BIL. 4 TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Pagi MPKS Bil. 4 Tahun 2026 yang dihoskan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP) dan Unit Integriti. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS serta YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

Perhimpunan turut diisi dengan Sesi Renungan Pagi yang disampaikan oleh Encik Syawal bin Samin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, diikuti ucapan Yang Dipertua MPKS bagi menyampaikan amanat dan pesanan kepada seluruh warga kerja.

Antara pengisian utama ialah penyampaian hadiah Pertandingan Kebun Komuniti MPKS Tahun 2026 bagi kategori Komuniti dan Sekolah. Pertandingan yang memasuki penganjuran kali ketiga ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran pada tahun 2022 dan 2024, selaras dengan usaha MPKS menggalakkan penghijauan dan pengindahan persekitaran.

Bagi kategori Komuniti, Zon K, Fasa 2, Bandar Puncak Alam muncul sebagai Johan, manakala Taman Seri Setia, Tanjong Karang sebagai Naib Johan dan Bandar Malawati, Kuala Selangor di tempat ketiga. Bagi kategori Sekolah pula, SMK Saujana Utama dinobatkan sebagai Johan, diikuti PPKI SMK Pengkalan Permatang sebagai Naib Johan dan PPKI SMK Saujana Utama di tempat ketiga.

Selain itu, MPKS turut meraikan kejayaan meraih tempat keempat dalam Pertandingan Kenderaan Berhias sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor 2026, di samping memperkenalkan tujuh orang tenaga baharu yang menyertai keluarga besar MPKS.

Perhimpunan turut dimeriahkan dengan Kuiz Hari Malaysia serta meraikan warga kerja MPKS yang menyambut ulang tahun kelahiran, sekali gus mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja MPKS.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS