Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

OPERASI BERSEPADU KENDERAAN BERAT

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Penguatkuasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Selangor telah melaksanakan Operasi Bersepadu Kenderaan Berat pada 24 September 2026 (Khamis), dari jam 8.30 malam hingga 12.00 tengah malam, melibatkan kawasan Bestari Jaya dan Bukit Badong, Ijok.

Operasi ini melibatkan kekuatan seramai 18 anggota yang terdiri daripada 10 anggota Jabatan Penguatkuasa MPKS, 2 anggota IPD Kuala Selangor dan 6 anggota JPJ Kuala Selangor. Sebanyak 3 lokasi telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

Hasil operasi, Jabatan Penguatkuasa MPKS telah mengeluarkan 1 kompaun berkaitan kesalahan membawa masuk kenderaan bermotor yang melebihi berat muatan 2 tan metrik di dalam taman serta 1 notis amaran pengalihan kenderaan. IPD Kuala Selangor pula telah mengeluarkan 1 saman berkaitan halangan lalu lintas.

Sementara itu, JPJ Kuala Selangor telah mengeluarkan sebanyak 14 saman melibatkan kesalahan berkaitan halangan lalu lintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan serta kegagalan menyediakan tanda amaran segitiga.

Secara keseluruhannya, operasi merekodkan 1 kompaun, 1 notis dan 15 saman, manakala tiada sitaan dibuat.

MPKS ingin menegaskan bahawa kenderaan berat yang memasuki atau diletakkan di kawasan taman perumahan tanpa kebenaran atau di lokasi yang tidak dibenarkan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Taman yang berkuat kuasa.

Operasi bersepadu ini akan terus diperkasakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan, menjaga keselamatan penduduk serta memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan pentadbiran Kuala Selangor.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS