Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

DAULAT TUANKU – JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya, bagi tempoh 2001–2026.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta mengurniakan pemerintahan yang terus cemerlang, adil dan diberkati demi kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

DAULAT TUANKU.

Sembah takzim daripada

MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

#MPKS #KualaSelangor #DaulatTuanku #JubliPerak25Tahun #SultanSelangor #SelangorDarulEhsan 

DAULAT TUANKU – JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR