PROGRAM SAHSIAH REMAJA “SAHSIAH UNGGUL, REMAJA BEBAS JENAYAH” SIRI 2 TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Program Sahsiah Remaja “Sahsiah Unggul, Remaja Bebas Jenayah” Siri 2 Tahun 2026 pada 30 September 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Bandar Baru, MPKS.
Program ini dianjurkan bagi membentuk sahsiah, jati diri dan integriti remaja serta meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, jenayah dan gejala sosial dalam kalangan remaja.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis MPKS, Ketua-Ketua Jabatan MPKS serta Puan Suhaila binti Shaarani, Penolong Pegawai Pendidikan Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.
Program melibatkan seramai 130 orang murid dan guru pengiring dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Selangor.
Peserta turut mengikuti dua slot ceramah yang disampaikan oleh Encik Ahmad Zulfahmi bin Ahmad Zamri daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Selangor berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah dan langkah pencegahan, serta Inspektor Mohd Syahrul Nizam bin Jamil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Selangor berkaitan pembentukan sahsiah unggul, pencegahan jenayah dan kepentingan menjauhi gejala sosial.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan remaja dalam membentuk jati diri yang positif, berintegriti dan berdisiplin, di samping memperkukuh kerjasama antara MPKS, agensi berkaitan dan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi remaja yang bebas daripada gejala sosial.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

