Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM KLINIK PECUTAN AKHIR SPM TAHUN 2026: FOKUS MINDA, KUASAI STRATEGI, GAPAI A+

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menganjurkan Program Klinik Pecutan Akhir SPM Tahun 2026 bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persediaan akhir menghadapi peperiksaan melalui pengukuhan ilmu, strategi menjawab soalan dan peningkatan motivasi diri.

Program bertemakan “Fokus Minda, Kuasai Strategi, Gapai A+” ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 7.15 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Dewan Sri Siantan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Penyertaan: Terhad kepada 150 peserta dan percuma

Program ini menampilkan tenaga pengajar bagi subjek Matematik, Wan Nur Izzati binti Wan Ismail, dan subjek Sejarah, Usha a/p Somaiah.

Semoga program ini dapat membantu para calon SPM meningkatkan keyakinan diri, menguasai strategi pembelajaran dan menjawab soalan dengan lebih berkesan demi mencapai keputusan yang cemerlang.

Penyertaan adalah terhad kepada 150 peserta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Asyraf: 013-205 4027 Faizura: 019-352 1546 Nasha: 017-310 5929

Jangan lepaskan peluang ini. Bersama-sama kita melangkah ke arah kecemerlangan SPM 2026!

#MPKS #KualaSelangor #TNB #KlinikPecutanAkhirSPM2026 #SPM2026 #FokusMindaKuasaiStrategiGapaiAPlus #Pendidikan #KecemerlanganAkademik 

PROGRAM KLINIK PECUTAN AKHIR SPM TAHUN 2026: FOKUS MINDA, KUASAI STRATEGI, GAPAI A+