LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK AKRAB DAN PEMENTORAN MPKS KE MPS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Program Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB dan Pementoran bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong MPS, Selayang, Selangor.
Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik, perkongsian kepakaran serta pemantapan pelaksanaan Program AKRAB dan Pementoran dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan dan kesejahteraan warga kerja.
Delegasi MPKS diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS, bersama Encik Syawal bin Samin, Penyelaras AKRAB MPKS, Encik Mohammed Zakir Husin bin Mohammed Zahid, Pengerusi AKRAB MPKS, Puan Fadzilah binti Abdul Rahman, Penyelaras Pementoran MPKS, serta barisan ahli AKRAB, mentor dan mentee MPKS.
Ketibaan delegasi MPKS telah disambut oleh LAr. Mokhtar Affandi bin Abdul Ghani, Pengerusi AKRAB MPS, bersama barisan jawatankuasa dan ahli AKRAB MPS.
Sesi perkongsian amalan terbaik dimulakan oleh Encik Faiz bin Omar yang berkongsi pengalaman dan pendekatan pelaksanaan Program AKRAB MPS, diikuti Encik Mohd Zaki bin Abdollah, Penyelaras Program Pementoran MPS, yang membentangkan pelaksanaan serta pengurusan Program Pementoran di MPS.
Bagi pihak MPKS, Encik Syawal bin Samin turut menyampaikan perkongsian berkaitan pelaksanaan, aktiviti, pencapaian serta pendekatan pengurusan Program AKRAB dan Pementoran MPKS.
Melalui perkongsian dua hala ini, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan, pengalaman dan amalan terbaik khususnya dalam aspek pengurusan program, dokumentasi, pembangunan kompetensi serta pengukuhan sistem sokongan psikologi dan pementoran di tempat kerja.
MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MPS atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam suasana penuh mesra dan semangat kerjasama.
Diharapkan jalinan strategik ini dapat diteruskan melalui pelaksanaan inisiatif bersama ke arah memperkukuh kesejahteraan psikologi, pembangunan kompetensi dan kecemerlangan modal insan di kedua-dua organisasi.
#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

