Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS PERASMIAN SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS) 2026 DAN SELANGOR ASEAN BUSINESS CONFERENCE (SABC) 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut menyertai Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 dan Selangor ASEAN Business Conference (SABC) 2026 yang berlangsung selama empat hari, bermula 14 hingga 17 Oktober 2026. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan turut dihadiri YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor serta YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor.

Turut hadir YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS dan Puan Umi Zuhirah binti Ramlan, Pengarah Jabatan Perancang Pembangunan MPKS bagi mewakili MPKS dalam program berkenaan.

DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan mencemar duli meninjau reruai-reruai pameran yang berlangsung sepanjang acara tersebut.

Penyertaan MPKS melalui reruai pameran di bawah komponen Selangor AI & Semiconductor Summit (AiSEM@SELANGOR) dan Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) menjadi platform untuk memperkenalkan potensi daerah Kuala Selangor, peluang pelaburan strategik, projek pembangunan serta inisiatif transformasi digital di kawasan pentadbiran MPKS. MPKS turut mempamerkan produk Sistem Fail dengan kerjasama Syarikat Oregenic Malaysia Sdn Bhd serta AI Model Checker dari Jabatan Kawalan Bangunan MPKS dengan kerjasama Gamuda Technologies Sdn Bhd.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen MPKS dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi Negeri Selangor, di samping mempromosikan Kuala Selangor sebagai daerah berpotensi untuk pelaburan, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi mampan. Orang ramai dijemput mengunjungi reruai MPKS sepanjang penganjuran SIBS 2026 bagi mengetahui lebih lanjut mengenai potensi pembangunan, peluang pelaburan dan inisiatif transformasi digital di daerah Kuala Selangor.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS