Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM KLINIK PECUTAN AKHIR SPM TAHUN 2026: FOKUS MINDA, KUASAI STRATEGI, GAPAI A+

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menganjurkan Program Klinik Pecutan Akhir SPM Tahun 2026 bertemakan “Fokus Minda, Kuasai Strategi, Gapai A+” pada 17 Oktober 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, MPKS.

Program ini bertujuan membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persediaan akhir menghadapi peperiksaan melalui pengukuhan ilmu, pendedahan kepada strategi menjawab soalan serta peningkatan motivasi dan keyakinan diri.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti sesi pembelajaran bagi subjek Matematik bersama Puan Wan Nur Izzati binti Wan Ismail dan subjek Sejarah bersama Puan Usha a/p Somaiah. Perkongsian ilmu dan teknik menjawab soalan yang diberikan diharap dapat membantu para pelajar membuat persediaan dengan lebih terancang dan berkesan.

MPKS merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), tenaga pengajar serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan menyuntik semangat para calon SPM 2026 untuk terus berusaha mencapai keputusan yang membanggakan.

Semoga berjaya kepada semua calon SPM 2026. Fokus, yakin dan terus melangkah menuju kecemerlangan!

#MPKS #KualaSelangor #TNB #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS