Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM SAMBUTAN HARI WARGA EMAS TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Tanjung Karang dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tanjung Karang telah menganjurkan Program Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2026 pada 17 Oktober 2026 (Sabtu), bertempat di Dewan Dato’ Hormat, Tanjung Karang.

Program ini bertujuan menghargai jasa dan sumbangan golongan warga emas kepada keluarga serta masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Turut hadir doktor pakar, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor, wakil Klinik Kesihatan Tanjung Karang dan Hospital Al-Sultan Abdullah, Ahli-Ahli Majlis MPKS, Ketua-Ketua Jabatan MPKS, Pengerusi Kelab PAWE serta Penghulu Mukim Tanjung Karang.

Program ini melibatkan seramai 300 orang warga emas sekitar daerah Kuala Selangor dengan pelbagai pengisian menarik, antaranya senaman warga emas, persembahan Brain Gym oleh PAWE Tanjung Karang, ceramah kesihatan bertajuk “Sindrom Kesunyian (Empty Nest)”, cabutan bertuah serta penyediaan 10 kaunter pemeriksaan dan perkhidmatan kesihatan. Jualan Rahmah turut diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MPKS dalam memastikan golongan warga emas terus dihargai, disantuni dan diberikan perhatian, khususnya dari aspek kesihatan dan kesejahteraan emosi. Semoga usaha seumpama ini dapat menggalakkan warga emas kekal aktif, sihat dan terus terlibat dalam kehidupan bermasyarakat.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS