LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UiTM CAWANGAN SELANGOR KE MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) hari ini menerima lawatan penanda aras daripada Bahagian Pengurusan Fasiliti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam bagi berkongsi amalan terbaik pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Lawatan tersebut telah disambut oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Kunjungan ini bertujuan memberi peluang kepada pihak UiTM untuk melihat dengan lebih dekat amalan terbaik pelaksanaan EKSA di MPKS, selain berkongsi idea, pandangan dan pengalaman bagi meningkatkan kualiti persekitaran tempat kerja.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara MPKS dan UiTM Cawangan Selangor dalam usaha membudayakan persekitaran kerja yang kondusif, teratur dan sistematik serta meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

