Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2026

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah menyempurnakan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026 yang berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 4 November 2026. Majlis tersebut turut menyaksikan peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3).

Turut hadir, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), bersama Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKS, Puan Umi Zuhirah binti Ramlan.

Peluncuran RFN5 dan DPN3 yang telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-51 merupakan langkah penting dalam memperkukuh hala tuju pembangunan fizikal dan perbandaran negara ke arah masa depan yang mampan, seimbang, inklusif dan berdaya tahan.

RFN5 menggariskan 13 Ikhtiar Perancangan Nasional sebagai panduan strategik pembangunan fizikal negara, manakala DPN3 memberi penekanan kepada pembangunan bandar yang mampan, berdaya huni dan sejahtera, selaras dengan keperluan rakyat serta cabaran urbanisasi dan perubahan iklim.

Sambutan turut menyaksikan penyampaian Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2026 yang melibatkan 52 anugerah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi perancang dan pemaju sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan serta inovasi dalam pembangunan bandar mampan.

Penyertaan MPKS dalam sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh perancangan pembangunan bandar yang strategik, inklusif dan mampan demi kesejahteraan penduduk serta kemajuan Daerah Kuala Selangor.

#MPKS #KualaSelangor #HPBS2026 #RFN5 #DPN3 #MalaysiaMADANI #PerancanganBandarMampan 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS