Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PERMOHONAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA MPKS 1448H/2027M KINI DIBUKA!

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warga tempatan yang berminat untuk membuat permohonan tapak Bazar Ramadan dan Bazar Raya bagi tahun 1448H/2027M.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal IP3KS di pautan berikut:

https://ip3ks.mpks.gov.my

TARIKH PERMOHONAN

BAZAR RAMADAN

12 hingga 14 November 2026 (mengikut lokasi).

BAZAR RAYA

12 hingga 18 November 2026.

LOKASI BAZAR RAMADAN

Antara lokasi yang dibuka untuk permohonan ialah:

- Jalan Medan Niaga 1, Kuala Selangor

- Jalan K/P 1, Pusat Bandar Tanjong Karang

- Tapak Pasar Malam Saujana Utama

- Jalan Sejati 1, Kampung Ijok

- Jalan Naluri Sukma, Puncak Alam

- Fasa 3 Astana Alam, Puncak Alam

- Jalan Hillpark 11/6, Puncak Alam

- Jalan DC 4/1, Desa Coalfields

- Hadapan IADA, Kuala Selangor

- Medan Selera MPKS, Jalan Bomba, Tanjong Karang

- Tapak Pasar Awam Lama Sungai Buloh

- Dataran Alam Suria 15/7/1, Puncak Alam

LOKASI BAZAR RAYA

- Jalan K/P 1, Pusat Bandar Tanjong Karang

- Hadapan Pasar Awam Sungai Buloh

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat utama yang ditetapkan ialah:

1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.

2. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan.

3. Pemohon tidak mempunyai tunggakan bayaran sewaan tapak atau lesen penjaja.

4. Pemohon perlu bebas daripada sebarang kompaun MPKS.

5. Melengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan.

6. Wajib mengemukakan dokumen maklumat pembantu pekerja warga tempatan.

7. Lulus Ujian Kelayakan Berniaga bagi permohonan Bazar Ramadan.

8. Mendaftar dengan aplikasi Platform Selangor (PLATS).

Orang ramai yang berminat dinasihatkan supaya meneliti jadual permohonan, lokasi, kadar bayaran dan syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03 32891439 / 6331 / 1549.

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #BazarRamadan2027 #BazarRaya2027 #1448H 

PERMOHONAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA MPKS 1448H/2027M KINI DIBUKA!