Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

ZIARAH YB MENTERI KESIHATAN KE LIMA-LIMA PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DI PARLIMEN KUALA SELANGOR

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Menteri Kesihatan Malaysia, telah mengadakan tinjauan ke lima (5) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada 6 November 2026 susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Parlimen Kuala Selangor.

Lima PPS yang dikunjungi ialah Sekolah Agama Batu 8, Ijok, Sekolah Kebangsaan Jaya Setia, Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Sekolah Kebangsaan Dato' Maharaja Lela dan Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan semasa di PPS, bertemu penduduk yang terjejas serta mendapatkan maklumat berkaitan keperluan dan kebajikan mangsa banjir sepanjang berada di pusat pemindahan. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor dan YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS