Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PELUANG PENDAFTARAN PERUNDING PENILAIAN HARTA/HARTANAH MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa syarikat-syarikat perunding yang berminat dan berkelayakan untuk berdaftar sebagai Perunding Penilaian Harta/Hartanah bagi membantu urusan penilaian harta di kawasan pentadbiran MPKS.

Syarikat yang berminat hendaklah mempunyai Kod Bidang Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) 340403 serta memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia.

2. Mempunyai Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

3. Mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

4. Semua sijil hendaklah masih sah semasa pendaftaran.

5. Mengemukakan profil syarikat yang lengkap melalui kod QR yang disediakan pada poster hebahan.

Tarikh tutup pendaftaran: 16 November 2026

Syarikat yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster untuk mengemukakan profil dan maklumat pendaftaran.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Perolehan dan Ukur Bahan, MPKS di talian 03-3289 1439 samb. 186 atau melalui e-mel upb@mpks.gov.my.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

PELUANG PENDAFTARAN PERUNDING PENILAIAN HARTA/HARTANAH MPKS