Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PEMAKLUMAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA 1448H/2027M

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan kepada orang ramai berhubung syarat-syarat permohonan tapak Bazar Ramadan dan Bazar Raya bagi tahun 1448H/2027M.

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi IP3KS di pautan https://ip3ks.mpks.gov.my.

TARIKH PERMOHONAN

BAZAR RAMADAN

12 hingga 14 November 2026 (mengikut lokasi)

BAZAR RAYA

12 hingga 18 November 2026

Antara syarat utama permohonan adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

2. Keutamaan diberikan kepada penjaja berlesen di tapak sedia ada yang tidak mempunyai tunggakan bayaran sewaan tapak dan lesen penjaja, tertakluk kepada kekosongan petak.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kompaun MPKS.

5. Melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.

6. Mengemukakan dokumen maklumat pembantu pekerja warga tempatan.

7. Pemohon Bazar Ramadan diwajibkan lulus Ujian Kelayakan Berniaga.

8. Mendaftar dengan aplikasi Platform Selangor (PLATS) melalui www.platselangor.com.

9. Bayaran tambahan RM60.00 dikenakan kepada peniaga air tebu dan air kelapa.

Pemohon juga perlu memastikan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport, Sijil Pengendalian Makanan dan Kad Suntikan Tifoid dimuat naik semasa permohonan.

Orang ramai diingatkan bahawa sebarang rayuan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan dan tiada pemulangan wang selepas bayaran dibuat bagi permohonan yang telah diluluskan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-3289 1439 / 1549 / 6331.

Sila teliti semua syarat yang ditetapkan sebelum mengemukakan permohonan.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #BazarRamadan2027 #BazarRaya2027 #1448H 

PEMAKLUMAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA 1448H/2027M