

Arkib Pengumuman
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama FRIM dan JPS menjemput seluruh komuniti untuk memeriahkan Program Conservation of Fireflies pada:
6 Disember 2025 (Sabtu)
Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2025 kembali lagi. Jom bersama-sama memeriahkan sambutan ini yang akan berlangsung pada butiran berikut:-
14 Disember 2025 (Ahad)
Pemohon Bazar Ramadan & Raya 2026 yang telah diluluskan oleh MPKS secara atas talian dipohon untuk membuat pengambilan cenderahati bermula 2 Disember 2025 (Selasa) di Kaunter Bersepadu, MPKS.
Sesi Pagi
Isnin–Khamis: 10.00 pagi – 12.00 tgh hari
PROGRAM SELKITAR – Kempen Kutipan Barangan Kitar Semula Kaedah Pintu ke Pintu
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) mengajak seluruh komuniti Kuala Selangor meningkatkan amalan kitar semula melalui kutipan terus dari rumah anda!
Asingkan. Pulangkan. Demi persekitaran yang lebih bersih dan lestari.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa urusan pembayaran melalui pelbagai saluran akan ditutup secara berperingkat mulai 15 Disember 2025 hingga 1 Januari 2026 sempena proses penutupan akaun akhir tahun.
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat urusan bayaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 03 November 2025
Tarikh tutup permohonan : 14 November 2025
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.
Jom meriahkan Fiesta Kebudayaan Madani Ahli Majlis MPKS 2.0 2025!
15 November 2025 (Sabtu)
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 (𝐇𝐏𝐁𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Jom bersama-sama kita meriahkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 yang akan berlangsung pada butiran seperti berikut:-
𝟖 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
Penyertaan kini dibuka!
Daftar pasukan anda dan lakukan bayaran penyertaan secara atas talian melalui pautan berikut:
MPKS Eco Plastic Explorer 2025 ![]()
Sertai kami sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2025!
Ayuh sertai Kejohanan Bola Jaring Terbuka & Tertutup Wanita Piala YDP MPKS 2025. Rebut hadiah wang tunai menarik bernilai sehingga RM2,500 berserta medal!
Tarikh: 8 November 2025 (Sabtu)
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pelbagai kemudahan untuk disewa kepada orang awam bagi pelaksanaan aktiviti sukan, program dan ekspo atau majlis perkahwinan.
Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk dewan dan stadium di bawah seliaan MPKS.
Permohonan untuk menyertai Bazar Ramadan dan Bazar Raya 1447H / 2026M akan dibuka secara dalam talian bermula 4 November 2025.
Senarai lokasi bazar boleh dirujuk melalui lampiran yang disediakan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-3289 1439 samb. 156/171.
MPKS mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk memohon Tapak Penjaja Kecil Sementara.
Kawasan yang ditawarkan:
· Puncak Alam
· Kuala Selangor