Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

Arkib Pengumuman

PELUANG PERNIAGAAN UNTUK PENJAJA & PENIAGA TEMPATAN
PELUANG PERNIAGAAN UNTUK PENJAJA & PENIAGA TEMPATAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka peluang kepada orang awam yang berminat untuk mengisi kekosongan tapak perniagaan di Tapak Penjaja Jalan DC 4/1 dan Tapak Bazar Ramadan Jalan DC 4, Desa Coalfields.

Sebanyak 30 petak disediakan dengan waktu perniagaan setiap Jumaat hingga Ahad, bermula jam 7.00 malam hingga 12.00 pagi.

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENJAJA
PERINGATAN KEPADA SEMUA PENJAJA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penjaja yang tidak berniaga di tapak penjaja yang telah diluluskan. Tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun dan sitaan akan dikenakan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan bersama keluarga serta insan tersayang. Teruskan semangat perpaduan dan keharmonian demi kesejahteraan komuniti Kuala Selangor yang sejahtera.

MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026
MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput seluruh warga Kuala Selangor untuk memeriahkan Malam Santai Kebudayaan & Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 pada 31 Disember 2025, bermula jam 8.00 malam di Dataran Malawati, Kuala Selangor!

PERMOHONAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA 1447H / 2026M
PERMOHONAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA 1447H / 2026M

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka permohonan kepada orang awam yang berminat untuk mengisi kekosongan tapak Bazar Ramadan dan Bazar Raya anjuran MPKS bagi tahun 1447H / 2026M.

đź—“ Tarikh Permohonan:

22 hingga 31 Disember 2025

DIRGAHAYU TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-35 Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, pada 12 Disember 2025 / 21 Jumadal Akhirah 1447H.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Semoga Allah lanjutkan usia dan pemerintahan Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

PROGRAM “CONSERVATION OF FIREFLIES”
PROGRAM “CONSERVATION OF FIREFLIES”

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama FRIM dan JPS menjemput seluruh komuniti untuk memeriahkan Program Conservation of Fireflies pada:

đź“… 6 Disember 2025 (Sabtu)

MAKLUMAN OPERASI SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN
MAKLUMAN OPERASI SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan akan kembali beroperasi setiap hari bermula 3 Disember 2025 (Rabu).

⏰ Waktu Operasi:

7.30 malam – 10.30 malam

Nikmati pengalaman menyusuri Sungai Selangor sambil melihat keindahan kelip-kelip yang memukau.

BAKI PETAK KOSONG BAZAR RAMADAN 1447H/2026M MPKS
BAKI PETAK KOSONG BAZAR RAMADAN 1447H/2026M MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka permohonan tapak Bazar Ramadan bagi baki kekosongan di 11 lokasi terpilih sekitar Kuala Selangor.

đź“… Permohonan Dibuka:

3 hingga 5 Disember 2025

PROGRAM KESIHATAN & JELAJAH PSIKOLOGI KUALA SELANGOR 2025
PROGRAM KESIHATAN & JELAJAH PSIKOLOGI KUALA SELANGOR 2025

Program Kesihatan & Jelajah Psikologi Kuala Selangor 2025

“Sejahtera Emosi, Sihat Komuniti”

Mari sertai program kesihatan terbesar daerah Kuala Selangor!

Satu acara yang menghimpunkan kesihatan fizikal, mental, komuniti & hiburan sihat untuk semua.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT PELANCONGAN SANTUARI KELIP-KELIP
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT PELANCONGAN SANTUARI KELIP-KELIP

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa Pusat Pelancongan Santuari Kelip-kelip, Kg. Kuantan ditutup sementara pada 1 Disember 2025 sehingga diberitahu kelak berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda diucapkan terima kasih.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT PELANCONGAN SANTUARI KELIP-KELIP
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT PELANCONGAN SANTUARI KELIP-KELIP

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa Pusat Pelancongan Santuari Kelip-kelip, Kg. Kuantan ditutup sementara pada 30 November 2025 berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama anda diucapkan terima kasih.

ALTINGSBURG NIGHT RUN 2.0 – DAFTAR SEKARANG!
ALTINGSBURG NIGHT RUN 2.0 – DAFTAR SEKARANG!

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengajak orang ramai untuk menyertai Altingsburg Night Run 2.0 yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2025, jam 9.00 malam! Laluan menyeronokkan sepanjang 5KM menanti anda sambil menikmati suasana malam di Kuala Selangor.

🎟️ Yuran Penyertaan: RM30

 PROGRAM “CONSERVATION OF FIREFLIES”
PROGRAM “CONSERVATION OF FIREFLIES”

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama FRIM dan JPS menjemput seluruh komuniti untuk memeriahkan Program Conservation of Fireflies pada:

đź“… 6 Disember 2025 (Sabtu)