

Arkib Pengumuman
Yang Dipertua, Setiausaha dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan selamat bertanding dan bertugas kepada semua kontinjen, pegawai serta sukarelawan yang terlibat dalam temasya SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI Selangor 2026.
Temasya yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026 ini menjadi medan untuk para atlet menampilkan semangat juang, disiplin dan kecemerlangan dalam mengharumkan nama negeri Selangor.
ππππππππ ππππ ππππππππππ ππ-ππ πππππππππ ππππππ ππππππππ πππππ ππππ ![]()
![]()
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengalu-alukan kehadiran para atlet dan pasukan yang akan bertanding dalam temasya SUKMA XXI & Para SUKMA Selangor 2026 ke daerah Kuala Selangor.
Semoga kehadiran para atlet dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan serta menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi yang mesra, selesa dan penuh kenangan sepanjang berlangsungnya temasya ini.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka ruang kepada orang awam untuk mengemukakan cadangan dan pandangan bagi penyediaan Bajet MPKS Tahun 2027.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka peluang kepada usahawan dan penyedia perkhidmatan perkahwinan untuk menyertai Ekspo Perkahwinan "Cinta Abadi Tiga Budaya" MPKS 2026 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Jom sertai Altingsburg Fun Run 2026 sempena Hari Tanpa Kenderaan MPKS 2026 dan sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor.
Ayuh bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sambil menikmati suasana pagi di sekitar Kuala Selangor dalam larian santai sejauh 5KM. Menariknya, setiap peserta akan menerima T-shirt, medal penyertaan serta berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.
Maklumat Program
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Datoβ Abdul Aziz atas Keputeraan Yang Mulia Tengku Alia Amira binti Tengku Amir Shah pada 21 Julai 2026, bersamaan 6 Safar 1448 Hijrah.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon Tapak Penjaja Kecil Sementara di lokasi-lokasi yang mempunyai kekosongan melalui permohonan secara dalam talian.
Permohonan dibuka mulai 22 Julai 2026 hingga 29 Julai 2026.
Antara kawasan yang ditawarkan ialah:
β’ Tanjung Karang
β’ Kuala Selangor
β’ Pantai Remis
β’ Puncak Alam
β’ Saujana Utama
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon tapak Pasar Pagi/Malam di kawasan-kawasan yang mempunyai kekosongan melalui permohonan secara dalam talian.
Tempoh permohonan dibuka mulai 22 Julai 2026 hingga 29 Julai 2026.
Antara lokasi yang ditawarkan ialah:
β’ Pasar Pagi Tanjong Karang
β’ Pasar Malam Tanjong Karang
β’ Pasar Malam Pasir Penambang
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa permohonan Permit Berniaga Sementara (UiTM/Mall/Luar Premis) kini boleh dibuat secara dalam talian bermula 20 Julai 2026 (Isnin).
Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pelbagai insentif dan promosi khas kepada seluruh warga Kuala Selangor sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan masyarakat terhadap pembangunan daerah ini.
Rebut peluang menikmati pelbagai tawaran menarik yang disediakan dalam tempoh kempen, antaranya:
β’ Tawaran Kompaun Letak Kereta RM10 sebelum tindakan mahkamah
Jom sertai Kejohanan Tarik Tali Piala Yang Dipertua MPKS 2026 yang akan berlangsung pada 15 hingga 16 Ogos 2026 di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Pelbagai kategori dipertandingkan dengan hadiah wang tunai yang lumayan menanti para pemenang!
Kategori dipertandingkan:
β’ Terbuka Pihak Berkuasa Tempatan (680kg)
β’ Terbuka Remaja Bawah 21 Tahun (600kg)
Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan :06 Julai 2026
Tarikh tutup permohonan : 17 Julai 2026
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa operasi platform Smart Selangor Parking dan Flexi Parking terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak berikutan gangguan sistem yang sedang berlaku.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti saluran rasmi MPKS bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung status pemulihan sistem tersebut.
![]()
PERTANDINGAN PREMIS MAKANAN BERSIH 2026