Arkib Pengumuman

Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada semua penerima Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang diadakan pada 11 Disember 2023 bersamaan 27 Jumadal Ula 1445H.
Senarai Penerima :

PEMAKLUMAN
Semua peniaga berlesen dalam kawasan MPKS adalah diingatkan supaya memperbaharui Lesen Perniagaan 2024 sebelum 31 Disember 2023.
Urusan pembaharuan lesen kini lebih mudah secara dalam talian di laman iP3KS https://ip3ks.mpks.gov.my/ . (Hanya lesen "serta merta" sahaja "berwarna hijau")

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Tuan Mohamad Hanafe bin Basri ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Selangor mulai 1 Disember 2023.

PEMAKLUMAN
Penutupan sementara saluran pembayaran sempena penutupan akaun bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

Jom ramai-ramai santai bersama sambil berkarya bersama artis-artis mural dari Art Batallion. Cungkil minat dan bakat seni bersama kami di Dataran Astaka Tanjong Karang.
Jumpa anda disana.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merangkul 2 anugerah emas iaitu pengiktirafan tertinggi di dalam International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2023 di Beijing, China.

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 24 Oktober
Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2023
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

KEJOHANAN PETANQUE PERSEORANGAN REMAJA TERTUTUP SELANGOR PIALA YDP MPKS 2023
Majlis Perbandaran Kuala Selangor bakal menganjurkan Kejohanan Petanque Perseorangan Remaja Tertutup Selangor Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2023 pada 11 November 2023 di Arena Petanque Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Melangkah gagah kontinjen Majlis Perbandaran Kuala Selangor sambil diiringi maskot “kelip-kelip” sempena perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Selangor 2023 yang telah berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke 66 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu tidak kira bangsa untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.

Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari di atas pelantikan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 16 Ogos 2023
Tarikh tutup permohonan : 25 Ogos 2023
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

Sempena Ulang Tahun Perbandaran Kuala Selangor ke-2 yang disambut setiap 7 Ogos, Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan mengadakan beberapa aktiviti bersama warga Kuala Selangor bermula 4 hingga 7 Ogos 2023.

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 26 Jun
Tarikh tutup permohonan : 05 Julai 2023
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah mengadakan Taklimat Kes Undang-Undang Berkaitan Cukai Taksiran pada 20 Jun 2023 bertempat di Courtyard by Marriott, Setia Alam. Penyertaan seramai 52 orang yang melibatkan 11 PBT di Negeri Selangor.