Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

Arkib Pengumuman

NOTIS PEMAKLUMAN: PENINGKATAN DAN PENYELENGGARAAN TALIAN INTERNET DI IBU PEJABAT MPKS
NOTIS PEMAKLUMAN: PENINGKATAN DAN PENYELENGGARAAN TALIAN INTERNET DI IBU PEJABAT MPKS

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan melaksanakan kerja-kerja peningkatan dan penyelenggaraan infrastruktur talian internet di Ibu Pejabat MPKS bermula 8.00 malam pada 9 Oktober 2026 sehingga 5.00 petang pada 11 Oktober 2026.

Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti, kestabilan dan prestasi rangkaian serta perkhidmatan dalam talian MPKS.

TAKZIAH
TAKZIAH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Sahar bin Abu Kassim, kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang telah meninggal dunia pada 4 Oktober 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan kesalahan serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN KUTIPAN FI KELESTARIAN
PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN KUTIPAN FI KELESTARIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa Fi Kelestarian akan dikenakan kepada pelancong yang menginap di premis penginapan pelancongan berlesen di Negeri Selangor.

Kutipan fi ini dikenakan semasa pendaftaran masuk (check-in) mengikut kadar semalaman berdasarkan kategori premis penginapan, melibatkan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Kutipan Fi Kelestarian bertujuan bagi:

TAKZIAH
TAKZIAH

TAKZIAH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabi’ul Akhir 1448.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah 

DAULAT TUANKU – JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
DAULAT TUANKU – JUBLI PERAK 25 TAHUN PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya, bagi tempoh 2001–2026.

JOM SERTAI BULAN SPEED TEST SELANGOR 2026!
JOM SERTAI BULAN SPEED TEST SELANGOR 2026!

🚀 Jom Sertai Bulan Speed Test Selangor 2026!

Tempoh Penyertaan : 16 September 2026 - 15 Oktober 2026

Cara Penyertaan:

NOTIS PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2027
NOTIS PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2027

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa semua pemegang lesen perniagaan diwajibkan memperbaharui lesen perniagaan bagi tahun 2027 sebelum 31 Disember 2026.

Pembaharuan lesen boleh dibuat melalui dua kaedah berikut:

HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN SEDANG BERLANGSUNG
HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN SEDANG BERLANGSUNG

Hari Bertemu Pelanggan MPKS Secara Dalam Talian sedang berlangsung hari ini dan akan diteruskan esok, 12 dan 13 September 2026 menerusi Facebook Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Program ini membuka ruang kepada orang awam untuk berinteraksi secara langsung bersama MPKS serta menyampaikan cadangan, pandangan dan maklum balas melalui ruangan komen.

Lebih menarik, 30 pelanggan bertuah berpeluang menerima hadiah istimewa.

PUBLISITI DAN PENYERTAAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 1)
PUBLISITI DAN PENYERTAAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 1)

PEMBERITAHUAN

Seksyen 13(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]

Tarikh: 8 September 2026 (Selasa) sehingga 7 Oktober 2026 (Rabu)

Masa: 09.00 pagi – 04.00 petang

Tempat: Jabatan Perancangan Pembangunan, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Jalan Majlis, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Tarikh Iklan :08 September 2026

Tarikh tutup permohonan : 18 September 2026

Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di Kaunter Bersepadu Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ibupejabat Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mendapatkan borang permohonan atau muat turun di laman sesawang Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN
HARI BERTEMU PELANGGAN MPKS SECARA DALAM TALIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan MPKS Secara Dalam Talian pada 12 & 13 September 2026.

Program ini membuka ruang kepada orang awam untuk berinteraksi secara langsung bersama MPKS serta menyalurkan cadangan, pandangan dan penambahbaikan melalui ruangan komen di Facebook Rasmi MPKS.

Dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif dan tawaran istimewa disediakan kepada pelanggan:

REBAT CUKAI TAKSIRAN – INSENTIF KEDIAMAN MESRA ALAM SEKITAR
REBAT CUKAI TAKSIRAN – INSENTIF KEDIAMAN MESRA ALAM SEKITAR

Jadikan kediaman anda lebih hijau dan mampan, sambil menikmati manfaat rebat cukai taksiran melalui pelaksanaan inisiatif mesra alam di kediaman.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa pemilik kediaman dalam kawasan pentadbiran MPKS untuk membuat permohonan Rebat Cukai Taksiran (Insentif Kediaman Mesra Alam Sekitar) bagi tahun 2026.

Antara inisiatif yang layak dipertimbangkan adalah:

1. Pemasangan solar di kediaman – RM300

SALAM TAKZIAH
SALAM TAKZIAH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Bongsu bin Ali, kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKS, atas pemergian beliau pada 4 September 2026.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan keharmonian demi membina sebuah negara yang maju, inklusif dan sejahtera.

Semoga kesejahteraan yang dinikmati hari ini terus dipelihara dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

SELANGOR JUARA KESELURUHAN SUKMA XXII
SELANGOR JUARA KESELURUHAN SUKMA XXII

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada kontinjen Selangor yang muncul juara keseluruhan SUKMA XXII, yang juga kejuaraan ke-10 dalam sejarah SUKMA dengan mengumpul kutipan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa.