Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

Arkib Pengumuman

PEMAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER BERJADUAL HADAPAN JAYA GROCER
PEMAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER BERJADUAL HADAPAN JAYA GROCER

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa Kaunter Berjadual Hadapan Jaya Grocer akan ditutup pada Sabtu, 29 Ogos 2026, bermula jam 9.00 pagi.

Sebagai alternatif, perkhidmatan pembayaran Cukai Taksiran boleh dibuat di:

1. Kaunter Pembayaran Cukai Taksiran

Program Mini Karnival Tabung Haji Selangor Tahun 2026

Dewan Saujana Utama

Bermula jam 9.00 pagi

2. Kaunter Cukai Taksiran Mobile Truck

PENGOPERASIAN TREM BUKIT MALAWATI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA TAHUN 2026
PENGOPERASIAN TREM BUKIT MALAWATI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA TAHUN 2026

Berita baik buat pengunjung! Trem Bukit Malawati akan beroperasi sempena Cuti Persekolahan Penggal Kedua Tahun 2026 bermula 29 Ogos hingga 6 September 2026.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

ISNIN – KHAMIS (Cuti Sekolah)

9.00 pagi – 4.00 petang

Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang

Waktu trem akhir (pick up): 4.30 petang

JUMAAT (Cuti Sekolah)

9.00 pagi – 12.00 tengah hari

3.00 petang – 4.00 petang

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

JOM SANTAI KUALA SELANGOR 2026 KEMBALI LAGI!
JOM SANTAI KUALA SELANGOR 2026 KEMBALI LAGI!

JOM SANTAI KUALA SELANGOR 2026 KEMBALI LAGI!

Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput seluruh warga Kuala Selangor dan pengunjung dari dalam serta luar daerah untuk memeriahkan Karnival Jom Santai Kuala Selangor 2026 yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 2026 di Dataran Malawati, Kuala Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga, antaranya:

PEMBERITAHUAN PUBLISITI AWAL BAGI PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (PENGUBAHAN 1) 2035
PEMBERITAHUAN PUBLISITI AWAL BAGI PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (PENGUBAHAN 1) 2035

Seksyen 12(A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]

Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin) sehingga 23 Ogos 2026 (Ahad)

Masa: 09.00 pagi – 04.00 petang

Tempat: Jabatan Perancangan Pembangunan, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Jalan Majlis, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

SELAMAT BERTANDING DAN BERTUGAS KEPADA SEMUA KONTINJEN, PEGAWAI DAN SUKARELAWAN SUKMA XXI
SELAMAT BERTANDING DAN BERTUGAS KEPADA SEMUA KONTINJEN, PEGAWAI DAN SUKARELAWAN SUKMA XXI

Yang Dipertua, Setiausaha dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan selamat bertanding dan bertugas kepada semua kontinjen, pegawai serta sukarelawan yang terlibat dalam temasya SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI Selangor 2026.

Temasya yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026 ini menjadi medan untuk para atlet menampilkan semangat juang, disiplin dan kecemerlangan dalam mengharumkan nama negeri Selangor.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ❤️💛❤️

SELAMAT DATANG PASUKAN DAN ATLET SUKMA 2026 KE DAERAH KUALA SELANGOR
SELAMAT DATANG PASUKAN DAN ATLET SUKMA 2026 KE DAERAH KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengalu-alukan kehadiran para atlet dan pasukan yang akan bertanding dalam temasya SUKMA XXI & Para SUKMA Selangor 2026 ke daerah Kuala Selangor.

Semoga kehadiran para atlet dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan serta menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi yang mesra, selesa dan penuh kenangan sepanjang berlangsungnya temasya ini.

SUARA ANDA, BAJET KITA: SERTAI CADANGAN BAJET MPKS 2027
SUARA ANDA, BAJET KITA: SERTAI CADANGAN BAJET MPKS 2027

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka ruang kepada orang awam untuk mengemukakan cadangan dan pandangan bagi penyediaan Bajet MPKS Tahun 2027.

PENCARIAN VENDOR EKSPO PERKAHWINAN MPKS 2026
PENCARIAN VENDOR EKSPO PERKAHWINAN MPKS 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka peluang kepada usahawan dan penyedia perkhidmatan perkahwinan untuk menyertai Ekspo Perkahwinan "Cinta Abadi Tiga Budaya" MPKS 2026 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

ALTINGSBURG FUN RUN KEMBALI!
ALTINGSBURG FUN RUN KEMBALI!

Jom sertai Altingsburg Fun Run 2026 sempena Hari Tanpa Kenderaan MPKS 2026 dan sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor.

Ayuh bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sambil menikmati suasana pagi di sekitar Kuala Selangor dalam larian santai sejauh 5KM. Menariknya, setiap peserta akan menerima T-shirt, medal penyertaan serta berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

Maklumat Program

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz atas Keputeraan Yang Mulia Tengku Alia Amira binti Tengku Amir Shah pada 21 Julai 2026, bersamaan 6 Safar 1448 Hijrah.

PERMOHONAN TAPAK PENJAJA KECIL SEMENTARA MPKS DIBUKA!
PERMOHONAN TAPAK PENJAJA KECIL SEMENTARA MPKS DIBUKA!

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon Tapak Penjaja Kecil Sementara di lokasi-lokasi yang mempunyai kekosongan melalui permohonan secara dalam talian.

Permohonan dibuka mulai 22 Julai 2026 hingga 29 Julai 2026.

Antara kawasan yang ditawarkan ialah:

• Tanjung Karang

• Kuala Selangor

• Pantai Remis

• Puncak Alam

• Saujana Utama

PERMOHONAN TAPAK PASAR PAGI/MALAM MPKS DIBUKA!
PERMOHONAN TAPAK PASAR PAGI/MALAM MPKS DIBUKA!

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon tapak Pasar Pagi/Malam di kawasan-kawasan yang mempunyai kekosongan melalui permohonan secara dalam talian.

Tempoh permohonan dibuka mulai 22 Julai 2026 hingga 29 Julai 2026.

Antara lokasi yang ditawarkan ialah:

• Pasar Pagi Tanjong Karang

• Pasar Malam Tanjong Karang

• Pasar Malam Pasir Penambang

PEMAKLUMAN | PERMOHONAN PERMIT BERNIAGA SEMENTARA (UiTM/MALL/LUAR PREMIS) DALAM TALIAN KINI DIBUKA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa permohonan Permit Berniaga Sementara (UiTM/Mall/Luar Premis) kini boleh dibuat secara dalam talian bermula 20 Julai 2026 (Isnin).