Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

Arkib Pengumuman

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SALURAN BAYARAN DALAM TALIAN
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SALURAN BAYARAN DALAM TALIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor ingin memaklumkan bahawa semua saluran bayaran dalam talian akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja pembaikan sistem elektrik Main Switch Board (MSB) di Pejabat MPKS di mana ia akan memberikan gangguan kepada Pusat Data MPKS 

Penutupan ini akan berlangsung seperti berikut:
📅 Tarikh: 28 Mei 2026 (Khamis)- 29 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 11.30 mlm hingga 3.00 pagi

Salam Aidiladha 1447H
SALAM AIDILADHA 1447H

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah sesama insan. Buat para jemaah haji, semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh haji yang mabrur.

PENGOPERASIAN TREM BUKIT MALAWATI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026
PENGOPERASIAN TREM BUKIT MALAWATI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa perkhidmatan Trem Bukit Malawati akan beroperasi sepanjang musim cuti persekolahan pertengahan tahun bermula 23 Mei hingga 7 Jun 2026 bagi memberi kemudahan serta pengalaman menarik kepada para pengunjung dan pelancong.

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa waktu operasi perkhidmatan Trem Bukit Malawati pada 27 Mei 2026 (Rabu) sempena Hari Raya Aidiladha adalah seperti berikut:

🕑 2.00 petang hingga 6.00 petang

SELAMAT HARI GURU 2026
SELAMAT HARI GURU 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi dalam mendidik anak bangsa dan membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR.
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan :05 Mei 2026
Tarikh tutup permohonan : 15 Mei 2026
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan dan kemajuan negara.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan usaha tanpa jemu dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Pekerja Tonggak Kemajuan Negara”

Tulus ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta Warga Kerja MPKS

PEMBUKAAN SEMULA KAUNTER TIKET TREM BUKIT MALAWATI
PEMBUKAAN SEMULA KAUNTER TIKET TREM BUKIT MALAWATI

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa kaunter tiket trem di bawah kaki Bukit Malawati akan dibuka semula bermula 1 Mei 2026 (Jumaat).

Pengunjung kini boleh kembali menikmati pengalaman menaiki trem dengan waktu operasi seperti berikut:

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN MELALUI KAD KREDIT DI SALURAN IP3KS
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN MELALUI KAD KREDIT DI SALURAN IP3KS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan bayaran melalui Kad Kredit di saluran IP3KS akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja naik taraf sistem.

📅 Tarikh Penutupan:

16 April 2026 (Khamis)

SALAM TAKZIAH
SALAM TAKZIAH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Muhammad Mizarul Fadzlee bin Misnan, kakitangan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 April 2026 bersamaan 18 Syawal 1447H.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada warga Jabatan Kesihatan dan Persekitaran khususnya dan seluruh warga MPKS amnya.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SALURAN BAYARAN DALAM TALIAN
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SALURAN BAYARAN DALAM TALIAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor ingin memaklumkan bahawa semua saluran bayaran dalam talian akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja naik taraf server.

Penutupan ini akan berlangsung seperti berikut:

📅 Tarikh: 30 Mac 2026 (Isnin)

NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI PASAR PAGI SAUJANA UTAMA
NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI PASAR PAGI SAUJANA UTAMA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa hari operasi Pasar Pagi Saujana Utama akan digantikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.

📅 Tarikh gantian: 19 Mac 2026 (Khamis)

PEMAKLUMAN OPERASI PELANCONGAN
PEMAKLUMAN OPERASI PELANCONGAN

PEMAKLUMAN

Orang ramai dimaklumkan bahawa operasi pusat pelancongan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M seperti berikut:

📍 Bukit Malawati

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BERSASAR 2026
PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BERSASAR 2026

PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan Permohonan Pengecualian Kediaman Kampung Bersasar 2026 telah dibuka.  Pemilik-pemilik kediaman kampung yang layak boleh mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan ke Kaunter 3, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Sila hubungi 03-32891439/ 1549/ 2340 sambungan 295 untuk pertanyaan lanjut. Terima kasih.