Color
Text

Arkib Pengumuman

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM (17 FEBRUARI 2026)
PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM (17 FEBRUARI 2026)

​Pemakluman, perkhidmatan trem akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja pada 17 Februari 2026 ini sempena Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan.

JOM NAIK TREM BUKIT MALAWATI
JOM NAIK TREM BUKIT MALAWATI

Rancang percutian anda sempena Tahun Baru Cina dan cuti sekolah dengan pengalaman unik menaiki Trem Bukit Malawati πŸ›€οΈβœ¨

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA SALURAN PEMBAYARAN SEWAAN PREMIS
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA SALURAN PEMBAYARAN SEWAAN PREMIS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa urusan pembayaran sewaan premis bagi semua saluran akan ditutup mulai 03 Februari 2026 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak kerana terdapat masalah teknikal.

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM KEPADA SELURUH PENGANUT HINDU
SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM KEPADA SELURUH PENGANUT HINDU

Semoga perayaan yang penuh makna ini membawa keberkatan, kesejahteraan serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Daerah Kuala Selangor.

Ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN CUKAI PERKHIDMATAN (SST) 8%
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN CUKAI PERKHIDMATAN (SST) 8%

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa Caj Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% akan dikenakan ke atas perkhidmatan sewaan MPKS bermula 1 Februari 2026, selaras dengan tatacara pelaksanaan SST di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Penyewa yang mempunyai Sijil MyPMK perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi tujuan pengecualian SST.

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penjaja di sekitar Desa Coalfields atas kerjasama yang sangat baik sepanjang pelaksanaan penempatan di Tapak Penjaja Baharu, Jalan DC 4/1, Desa Coalfields.

PEMAKLUMAN PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2026
PEMAKLUMAN PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2026

Semua pemegang lesen perniagaan adalah diwajibkan untuk memperbaharui lesen perniagaan bagi tahun 2026.

Pembaharuan boleh dibuat melalui:

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Tarikh Iklan : 06 Januari 2026

Tarikh tutup permohonan : 16 Januari 2026

Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

PEMAKLUMAN TAPAK PENJAJA BAHARU
PEMAKLUMAN TAPAK PENJAJA BAHARU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Tapak Penjaja Baharu Jalan DC 4/1, Desa Coalfields.

πŸ”Ή Jumlah petak disediakan: 30 petak

SESI PEMILIHAN PEMAIN PETANQUE MAKSAK SELANGOR TAHUN 2026
SESI PEMILIHAN PEMAIN PETANQUE MAKSAK SELANGOR TAHUN 2026

π’π„π’πˆ ππ„πŒπˆπ‹πˆπ‡π€π ππ„πŒπ€πˆπ 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐐𝐔𝐄 πŒπ€πŠπ’π€πŠ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”β—οΈβ—οΈβ—οΈ

SELAMAT TAHUN BARU 2026
SELAMAT TAHUN BARU 2026

Tahun baharu membuka lembaran baharu untuk Majlis Perbandaran Kuala Selangor terus berkhidmat dengan penuh integriti, kecekapan dan komitmen demi kesejahteraan warga Kuala Selangor.

Semoga tahun 2026 membawa kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran berterusan buat seluruh komuniti Kuala Selangor.

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENJAJA
PERINGATAN KEPADA SEMUA PENJAJA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penjaja yang tidak berniaga di tapak penjaja yang telah diluluskan. Tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun dan sitaan akan dikenakan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

PELUANG PERNIAGAAN UNTUK PENJAJA & PENIAGA TEMPATAN
PELUANG PERNIAGAAN UNTUK PENJAJA & PENIAGA TEMPATAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka peluang kepada orang awam yang berminat untuk mengisi kekosongan tapak perniagaan di Tapak Penjaja Jalan DC 4/1 dan Tapak Bazar Ramadan Jalan DC 4, Desa Coalfields.

Sebanyak 30 petak disediakan dengan waktu perniagaan setiap Jumaat hingga Ahad, bermula jam 7.00 malam hingga 12.00 pagi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan bersama keluarga serta insan tersayang. Teruskan semangat perpaduan dan keharmonian demi kesejahteraan komuniti Kuala Selangor yang sejahtera.

MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026
MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput seluruh warga Kuala Selangor untuk memeriahkan Malam Santai Kebudayaan & Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 pada 31 Disember 2025, bermula jam 8.00 malam di Dataran Malawati, Kuala Selangor!